Eric Paulsen Tidak Perlu Tegakkan Benang Yang Basah…
Terlajak perahu, mungkin dapat diundur. Namun terlajak “tweet” dengan kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia ternyata membawa padah terhadap Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen.
Kenyataan Eric yang berbunyi “Jakim menggalakkan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu tangani perkara ini jika ia serius (mahu membanteras fahaman) mengenai ekstremisme di Malaysia” telah sempat di”printscreen” dan mencetus kemarahan seluruh umat Islam di Malaysia.
Boleh dikatakan hampir seluruh ulama, NGO dan parti politik Melayu mengecam Eric. Malah PDRM juga difahamkan sedang menyiasat rakan Ambiga Sreenevasan itu dibawah Akta Hasutan ekoran kenyataan kurang ajar tersebut.
Cuba menegakkan jarum yang basah, Eric mendakwa dia hanya menujukan kenyataan tersebut terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kononnya mengeluarkan teks khutbah yang menggalakkan ekstrimisme di kalangan umat Islam pada setiap Jumaat.
Ambiga dan akaun Twitter rasmi LFL turut dilihat seolah cuba sedaya upaya memberi sokongan moral kepada Eric. Malah mengejutkan, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah turut dilihat cuba menyebelahi lelaki berbangsa Cina itu.
Mungkin cara “politik baru”, Saifuddin menyiarkan sekeping gambar teks khutbah Jakim yang ditulis “Hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah”, sambil mewarnakan perkataan “musuh-musuh Islam” dengan warna kuning.
Antara hujah lain yang dikemukakan LFL kononnya khutbah Jakim “melabelkan bukan Islam sebagai musuh Islam” dan diberikan “link” untuk teks berkenaan. Kononnya itulah bukti khutbah dari Jakim mengundang budaya ekstrimisme…
Menghairankan, setelah meneliti setiap khutbah bukti yang diberikan Eric dan rakan-rakannya itu, saya dapati tiada satu pun yang menggalakkan umat Islam membunuh golongan bukan Islam. Jauh sekali menyuruh umat Islam menyertai ISIS!
Setelah beberapa kali dibaca, tidak ada satu ayat pun yang menjurus atau melabelkan golongan bukan Islam sebagai musuh Islam. Pelik. Mengapa dangkal sangat hujah dari peguam-peguam tersebut? Bukti yang sangat mudah dipatahkan…

Comments