Zulkifli Noordin Cabar Anwar Serah Semua Gelaran 'Datuk Seri'

KUALA LUMPUR 4 Dis - Datuk Zulkifli Noordin hari ini menyambut baik keputusan Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menarik semula gelaran Dato' Seri terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau turut mengucapkan tahniah atas usaha murni Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam memertabatkan kedudukan Raja-Raja Melayu yang mengetuai Islam dan Melayu di negara ini.

"Saya mengucapkan tahniah keatas Paduka Tuanku Sultan atas tindakan yang bertujuan memelihara dan memperkasa martabat dan kedudukan institusi DiRaja Selangor.

"Titah Tuanku Sultan Selangor jelas membuktikan kegagalan beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bekas pemimpin PKR itu turut mencabar Anwar melepaskan jawatan sebagai Ketua Penasihat Ekonomi Selangor dan mengembalikan semula kesemua pingat dan darjah kebesaran yang telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu

Zulkifli juga mencabar Ketua Umum PKR itu meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kerana gagal memainkan peranan dalam mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana