VIDEO JAHAT RAFIZI FITNAH NAJIB DAN ROSMAH

Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli sekali lagi menunjukkan sikap jahatnya kepada Perdana Menteri. Rafizi dilihat cuba meraih simpati kononnya beliau sebenarnya mempertahankan hak subsidi rakyat sedangkan secara faktanya Rafizi hanya bercakap berlandaskan nafsu jahatnya.

Surat saman telah dikemukan oleh Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak sebagai mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai kapasiti individu.

Rafizi Ramli didakwa memfitnah berdasarkan ucapannya dalam satu ceramah di Bandar Tun Razak pada 22 November lalu, di dalam video yang bertajuk “Kenapa Kita Pertahan Subsidi Minyak”.

Kenyataan fitnah Rafizi berbunyi seperti ini :

“Saya tanya berkali-kali bila nak turun harga minyak? Takan bila harga pasaran naik, cepat-cepat kamu naikkan, tapi bila turun duit untung itu kamu simpan dalam poket , bagi Rosmah belanja, mana aci”

“Tiap-tiap bulan kerajaan Umno Barisan Nasional jimat rm1000 juta. Tahu tak banyak mana rm1000 juta? Boleh beli 20 cincin mahal Rosmah, satu cincin dia rm20 juta lebih”.

“Kalau duit minyak itu sampai dalam poket dia (Najib) dulu, kalau sampai 100 pakcik, yang sampai kepada rakyat RM5. Rm95 masuk kocek dia dan beg tangan Rosmah sebab itu kita kata dalam negara Malaysia untuk kita pastikan harta kekayaan minyak itu sampai terus kepada rakyat, mesti ada subsidi minyak, kerana hanya dengan subsidi minyak, dia tak masuk dalam poket Najib dulu, dia pergi terus kepada poket rakyat”.

Kenyataan ini berniat jahat untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap Najib dan Rosmah sedangkan tiada sebarang bukti dikemukakan. Beginilah tahap mentaliti pembangkang yang sentiasa bermain dengan persepsi memperbodoh-bodohkan rakyat.

Tidakkah Rafizi punya tugas Ahli Parlimen Pandan? Sudahkah beliau melaksanakan tanggungjawabnya?

Kali ini diharapkan saman fitnah diteruskan tanpa perlu diberi muka dengan penyelesaian diluar mahkamah kerana nampaknya tanpa sebarang tindakan tegas, mainan fitnah sebegini tidak akan berhenti.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL