Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz menegaskan bahawa serangan demi serangan yang dilancarkan DAP terhadap partinya telah merobek dan mencacatkan tahaluf siyasi

sekiranya DAP berterusan menyerang PAS berhubung usaha perlaksanaan hudud di Kelantan, adalah tidak mustahil tindakan tersebut bakal mengoyak “kertas tahaluf siyasi” partinya dengan gabungan parti pembangkang tersebut.

“Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf.

“Kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana Pas tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP,” katanya yang dipetik dari media arus perdana.

Mengulas lanjut mengenai hubungan yang semakin meruncing antara PAS dengan DAP, Haron menjelaskan bahawa perlaksaan hudud merupakan salah satu dasar utama PAS dan partinya tidak akan berganjak dari perjuangan melaksanakan hukum Allah itu.

Justeru itu katanya, Ketua Menteri yang kini “merajai” Pulau Pinang itu boleh memilih jalan sendiri sekiranya tidak setuju dengan pendekatan PAS yang mahu melaksanakan hukum berkenaan di negara ini.

“Pas tidak terbelenggu oleh komen lawan mahupun kawan. Hudud nyawa Pas dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang.

“Jika Guan Eng merasakan tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan),” katanya.Begitulah kedudukan terkini hubungan antara PAS dan DAP setelah Guan Eng menuduh PAS mengkhianati Pakatan Rakyat kerana usaha parti itu dengan UMNO berhubung perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Timbalan Mursyidul Am PAS itu nampaknya benar-benar marah dan tersinggung dengan tindakan DAP yang mempertikai hak umat Islam dalam menentukan hukum-hakam Allah di bumi Malaysia.

Meskipun begitu, seandainya PAS menganggap pendirian DAP untuk tidak setuju dengan perlaksanaan hudud itu sebagai sesuatu yang menghalang tahaluf siyasi, mengapa PAS setuju bergabung juga di dalam Pakatan Rakyat?

Soal hudud bukan soal baru bagi PAS mahu pun DAP. PAS sendiri tahu DAP secara tradisinya menentang keras perlaksanaan hudud. Sejak awal PAS mahu melaksanakan hudud, sejak itulah DAP menentang. Umumnya semua orang tahu DAP serius berkenaan hal itu.

Seriusnya pendirian DAP menentang hudud pernah dibayangkan oleh Pengerusi DAP, mendiang Karpal Singh yang pernah menegaskan bahawa PAS perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum melaksanakan hudud.

Justeru itu, PAS sebetulnya dari awal lagi tahu DAP memang tidak dapat menerima hudud sama sekali.

Jadi, mengapa pula PAS bertindak “bijak pandai” sangat sanggup bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR? Sudah tahu ada najis di depan mata, mengapa terlalu “bijak pandai” sangat pijak najis tersebut?

Sekarang sudah terhantuk baru tengadah? Sudah diketuk, baru nak tuding jari sana dan sini?

Kini nasi sudah menjadi bubur. Namun, bak kata pepatah orang Melayu juga, “sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan”, bukan? Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Bermuhasabahlah diri. PAS sepatutnya keluar dari “kelompok najis”. Buat apa bergelumang “najis” semata-mata kerana gilakan undi yang menjahanamkan Islam? Khuatir pula “kerusi emas” itu tidak berkat disisi Allah SWT.

PAS sebetulnya mampu berdiri sendiri. Sudah berdekad parti itu berdikari sendirian sebagai pembangkang yang sihat. Lainlah kalau PAS sendiri tidak lagi yakin mampu berdiri di atas kaki sendiri, kan? Teruslah duduk di bawah ketiak DAP dan PKR…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana