Terengganu arah pasar raya tutup waktu solat Jumaat mulai Januari

Kerajaan Negeri Terengganu mengarahkan semua pasar raya di negeri itu ditutup pada hari Jumaat mulai 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang mulai Januari tahun depan.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di premis berkenaan.

"Keputusan itu telah dipersetujui pada mesyuarat Exco minggu lepas," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganu ,Selasa.

Semasa perbahasan Bajet Terengganu 2015, Hilmi Harun (PAS-Manir) mendakwa ramai orang Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di pasar raya.

Ahmad Razif berkata penguatkuasaan terhadap arahan itu akan dijalankan dan dipantau oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana