Sultan Nazrin ditabal sebagai Sultan Perak ke35 pada 6 Mei Tahun depan...Daulat Tuanku.

Sah kini majlis dan istiadat pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak ke35 pada 6 Mei tahun depan.
Sebelum ditabalkan secara rasmi mengikut adat istiadat kebesaran raja-raja Melayu Perak, Sultan Nazrin yang dimashyurkan sebagai Sultan Perak berikutan kemangkatan ayahndanya Sultan Azlan pada 28 Mei lalu akan melalui beberapa adat.

Hal ini dimaklumkan Setiausaha  Dewan Negara, Datuk Ayop Hashim kepada media dalam satu kenyataan ringkas Jumaat.

Katanya Sultan Nazrin telah berkenan menetapkan tarikh itu setelah mendapat  nasihat Dewan Negara Perak yang bersidang kali ke-162 pada 22 November lalu.

Seperti lazimnya lstiadat Tabal Adat akan diadakan di Istana lskandariah Kuala Kangsar pada pagi 6 Mei 2015, disusuli lstiadat Tabal Pusaka dan lstiadat Bersiram Tabal yang akan berlangsung pada malam 7 Mei, 2015.

Datuk Ayup berkata “ Paduka Seri Sultan bersama Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri selanjutnya akan berangkat menziarahi makam-makam Sultan Perak terdahulu, kemudiannya menghilir Sungai Perak dari Pasir Salak sehingga ke Teluk lntan.”

Istiadat pertabalan akan berakhir dengan keberangkatan Sultan Nazrin untuk mencecahkan kaki baginda di Beting Beras Basah, tempat pertama Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah I (Marhum Tanah Abang 1528-1549), Sultan Perak yang pertama, menjejakkan kaki ketika sampai sahaja di bumi Perak.

Bagi tujuan pertabalan itu, pelbagai acara sedang dirancang  melibatkan keberangkatan Yang Dipertuan Agong, Raja-Raja Pemerintah, Raja Muda dan Tengku Mahkota serta kehadiran Yang Dipertua - Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri dan jemaah menteri serta para perwakilan asing, juga tetamu dari dalam dan luar negara.

Katanya acara-acara berbentuk keagamaan dan yang memberi peluang baginda mendampingi rakyat seperti acara yang melibatkan penyertaan rakyat jelata, warga emas, golongan remaja dan pelajar akan dilaksanakan dalam tempoh masa sambutan istiadat pertabalan.

Untuk rekod perayaan Hari Keputeraan Sultan Nazrin diadakan pada kadar sederhana bulan lepas.

Baginda mahukan majlis tahun ini sederhana bagi menghormati kemangkatan Sultan Azlan. Ia juga tidak diistiharkan cuti umum kerana hari keputeraan Sultah Azlan diadakan April lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana