Selangor belum sedia laksana hudud...Buka Mata Luas Luas Ahli PAS

Selangor belum bersedia untuk melaksanakan ‘hudud’ kerana rakyat di negeri itu perlu dididik dan diberi kefahaman mendalam terlebih dahulu berhubung hukum tersebut sebelum kerajaan negeri bertindak untuk melaksanakannya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Selangor, Datuk Dr Mohd Yunos Hairi berkata, pelaksanaan hudud di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) di Selangor ini belum sesuai untuk melaksanakan hukum daripada Syariat Islam itu kerana banyak perkara yang perlu dikaji.
Menurutnya, tidak seperti di Kelantan sebuah negeri yang dikenali sebagai serambi Mekah yang rakyatnya boleh menerima hukum tersebut untuk dilaksanakan pada bila-bila masa.

“Untuk melaksanakan hukum hudud ini kita kena lihat kesediaan negeri-negeri yang bercadang untuk melaksanakannya. Kita tidak mahu timbul masalah apabila melaksanakan perkara itu ekoran kegagalan dalam membuat kajian menyeluruh mengenainya.

“Di Kelantan, rakyat boleh menerima dengan hati yang terbuka dan mereka saya kira tidak menolak jika kerajaan negeri mahu melaksanakannya juga,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Graduasi Qurra, Maahad Integrasi Tahfiz Selangor  pada Khamis.

Mohd Yunos berkata, memberi kefahaman dan pendidikan kepada masyarakat berkaitan hudud adalah satu perkara yang sangat penting bagi mengelak kecelaruan mengenainya.
Katanya, untuk melaksanakan hukum itu juga tidak boleh dilihat kepada agenda parti dalam PR yang memperjuangkan agar hudud dilaksanakan sebaliknya, kesediaan rakyat untuk menerimanya perlu dijadikan keutamaan.

Tambah beliau, ketidakselarian pendapat dalam sesuatu perkara yang berkaitan dalam hudud oleh pemimpin dalam PR juga perlu diperbaiki terlebih dahulu dan ia merupakan salah satu langkah utama yang harus diambil berat.

“Perjuangan sesebuah parti yang mempunyai beberapa komponen perlu ada satu pandangan dan kesefahaman kerana perkara itu boleh memantapkan lagi matlamat perjuangan mereka.
“Kalau nak diikutkan perjuangan PR ini masih lagi baru dan banyak lagi perkara yang harus dibincangkan termasuk hudud,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana