SEDARLAH BANGSAKU !

* Kepada seluruh ahli UMNO, adakah kalian sedar bahawa BN diambang bahaya? Adakah anda kembali berehat setelah PAU 2014 berakhir? Adakah segala yang dijeritkan didalam PAU2014 ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan?

* Saya amat risau dengan apa yang diperkatakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin baru2 ini. Bayangkan, dengan sedikit kemerosotan sokongan pada BN pada PRU14 akan datang, BN akan tersungkur!

* Sudah menjadi kebiasaan, sudah terhantuk baru terngadah! Setelah Parlimen dibubarkan, barulah terhegeh2 nak memeriksa senarai pengundi, lakukan strategi kempen, gerak gempur, bertemu pengundi, dll padahal Pakatan Rakyat telah memulakan gerakan sebaik saja PRU13 berakhir!

* Ahli UMNO lebih 3 juta orang. Dari Jun 2013 hingga Sept 2014, UMNO hanya menambah pengundi baru seramai 5,949 orang sedangkan DAP seramai 9,309! Apa ni? Ini menunjukkan UMNO masih tidor!

* PRU14 bukannya jauh lagi. Pejam celik ia akan menjelma. Dengan "kelayuan" jentera BN sekarang, saya kurang yakin BN mampu mencapai kemenangan besar malah berada dalam keadaan kritikal!

* Tempik sorak tidak membawa apa2 faedah. Yang penting ialah kesedaran betapa pentingnya kita bergerak sekarang. Ingat, kalau BN kalah, jangan mimpi nak dapat balik!

* Sebagai penyokong BN saya hanya mampu menegur. Jika teguran saya diibarat seperti kabus dihujung daun, terpulanglah. Jangan kita menyesal kemudian hari!

* Tak guna kita menghentam Pakatan Rakyat sedangkan kita sendiri tidak stabil. Jangan kita sombong bongkak, lupa diri, leka, lena dan khayal. Sesuatu yang amat memalukan jika suatu hari nanti bendera Pakatan Rakyat berkibar di Dataran Merdeka dan di Dataran Putra!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana