Patutlah DAP memekak mau jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor...

Ini rupa kisahnya.Patutlah DAP Selangor memekak mahu jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Sebelum ini jawatan itu dimenangi oleh calon PAS, ADUN Bangi Dr Mohd Shafie Ngah menerusi pemilihan pada Isnin lalu dan DAP pasang calonnya sendiri,ADUN Sekinchan,Ng Suee Lim cuba lawan tapi kalah.

Semua 14 ADUN DAP sokong Suee Lim dalam pemilihan itu.

Perbuatan DAP cuba potong jalan PAS dalam pemilihan itu telah mencetuskan kemarahan kalangan pimpinan parti itu.

Asalnya semua orang ingat jawatan itu dikhaskan untuk calon PAS sahaja sebagai balasan kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor telah dikurangkan dari empat kepada tiga orang sahaja oleh Menteri Besar Azmin Ali.
Rupanya sudah ada kira-kira di belakang.

Ahad,Pengerusi DAP Selangor Tony Pua kata DAP mahu Azmin mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Speaker DUN dan bagi pada DAP.

Isnin,Suee Lim dakwa Azmin ada janji nak bagi jawatan itu pada DAP.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha DAP Selangor tegas berkata DAP tetap mahu jawatan itu dan akan terus desak.

Suee Lim beritahu demikian kepada wartawan di luar sidang DUN Selangor di Shah Alam.

Beliau juga mengungkit mengenai betapa setianya DAP pada PKR semasa krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana