Panas : DAP Kata Pas Mungkir Janji Soal Hudud

Perang dingin sesama sendiri antara Pas dan Dap terus memuncak, serangan terbuka di media berterusan antara pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat ini.

Ibarat retak menanti belah. Tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Kita semua sudah tahu lebih setengah tahu  Presiden Pas, Dato Seri Haji Hadi Awang tidak hadir ke mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Hari ini Pas didakwa mungkir janji terhadap persetujuan yang dicapai pada 28 September 2012 berkaitan pelaksanaan hukum hudud.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, parti itu perlu merujuk Buku Jingga kerana pelaksanaan hudud tidak terdapat dalam polisi bersama PR.

“Fokus kembali kepada Negara Berkebajikan yang disepakati adalah polisi wajib dalam Buku Jingga PR.

“Negara Berkebajikan turut mementingkan kesejahteraan sejagat di mana ianya juga merupakan antara elemen yang terkandung dalam ajaran Islam,” katanya

Kor Ming berkata, DAP menentang pelaksanaan hudud kerana hukuman tersebut bercanggah dengan undang-undang yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Malah Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa undang-undang jenayah tertakluk dan mengikut Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, hudud juga sukar dilaksanakan di Malaysia berikutan memerlukan pindaan Perlembagaan berdasarkan sokongan majoriti ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Bagi penulis, apapun jua kecaman dari Dap terhadap Pas, Pas lebih rela untuk terus tunduk dan takut untuk membuat keputusan berpisah dengan Dap.

Ramai pemimpin Pas bergantung harap terutama kewangan dengan Dap dan Pkr. Dunia sekarang bila ditawarkan dengan jawatan, kuasa dan duit ringgit maka segala bentuk perjuangan hanya ada dimulut sahaja bukannya di hati.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana