Nur Jazlan nafi sertai PKR... jiwa tetap UMNO

Ketua UMNO Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan dakwaan di media sosial kononnya beliau akan menyertai PKR dan dilantik jawatan Naib Presiden.
Dakwaan liar itu dibuat dipercayai ada kaitan dengan tindakan beliau menghadiri forum bersama Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga anjuran Majlis Peguam baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) itu menegaskan bahawa sokongan beliau tetap kepada UMNO dan Barisan Nasional.

"Saya anak kepada salah seorang pemimpin yang telah banyak menyumbang kepada pencapaian UMNO, sudah pasti jiwa saya dengan parti. Dan saya tidak akan meninggalkan UMNO untuk menyertai pembangkang," katanya pada sidang akhbar Ahad.

Nur Jazlan adalah anak kepada Tan Sri Mohamad Rahmat, bekas etiausaha Agung UMNO dan BN selain itu beliau merupakan antara menteri penerangan paling berpengaruh di era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi PM.

Spekulasi di Facebook mendakwa Nur Jazlan akan mengumumkan keluar dari UMNO pada Isnin.

Nur Jazlan dalam forum di Kuala Lumpur Jumaat lalu mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razaklebih tegas dalam membawa pembaharuan dalam parti itu.

Menurutnya Najib mengalakkan perbincangan ilmiah untuk meremajakan parti itu.

"Dia (Najib) perlu menjadi seorang pemimpin yang lebih tegas untuk memantapkan agendanya.

"Saya tahu saya akan hadapi masalah (jika bercakap begini). Tetapi ketika beliau (Najib) cakap pembaharuan di dalam UMNO, tak bermakna kita kena gantikan orang tua dengan orang muda," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana