MEMALUKAN ! EXCO AGAMA MALIK TAK ADA PENDIRIAN , SOKONG GUAN ENG ISU KALIMAH ALLAH

Seperti dijangka EXCO AGAMA Malik Kassim akan menyokong Guan Eng dalam isu kalimah Allah selepas pemimpin utama PKR iaitu  Anwar & Azmin turut sama .

Amat malang P.Pinang memiliki Exco Agama yang tiada pendirian selari dengan Mufti negeri   hingga sanggup berkompromi isu   Kalimah Allah

Cuma sekutu mereka  PAS sahaja tidak menyokong kenyataan Guan Eng ini . Klik di sini

Apapun kenyataan Guan Eng ini akan disiasat POLIS selepas banyak laporan dibuat kerana ia menyentuh sensiviti agama . Kita tunggu hasil siasatan  POLIS  samada anak Kit Siang bercakap guna fakta atau tidak seperti didakwa Malik

Exco Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim mempertahankan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam isu kalimah ALLAH yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

"Kenyataan Guan Eng tidak membabitkan prinsip sebaliknya ia berkaitan dengan fakta," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Abdul Malik berkata, apa yang disuarakan Guan Eng adalah fakta yang benar iaitu kalimah ALLAH boleh digunakan oleh semua orang bukan Islam di Pulau Pinang.

Katanya, apa yang disuarakan Guan Eng adalah fakta benar iaitu fatwa yang ditetapkan hanya tertakluk untuk orang Islam dan tidak meliputi orang bukan Islam.

Beliau berkata, tiada sebarang kesalahan dilakukan Guan Eng dalam isu berkenaan, sebaliknya sengaja cuba disensasikan oleh pihak tertentu.

“Semua orang tahu fakta bahawa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 hanya terpakai kepada orang Islam sahaja dan itulah yang dikatakan ketua menteri,” katanya.

Guan Eng, seperti dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat lalu, mengeluarkan kenyataan orang bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah ALLAH.  

Katanya, larangan penggunaan kalimah ALLAH yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004, tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempertahankan kenyataan Guan Eng. Beliau dilaporkan berkata, sarjana terkemuka Islam, termasuk Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi sudah menyatakan keterbukaan terhadap penggunaan kalimah itu dalam kalangan bukan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana