Melayu terpaksa mengemis pada kaum Cina untuk berkuasa…

Ini adalah realiti terkini.Ia ibarat pil pahit yang terpaksa terus ditelan oleh orang Melayu di negara ini sekalipun sudah lama semua mereka sedar mengenai situasi cukup membimbangkan ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad Sabtu membangkitkan balik senario kuasa Melayu yang semakin terhakis di bumi sendiri gara-gara ‘sendiri bikin’ dalam pergelutan merebut pengaruh politik.

Malah bekas Perdana Menteri itu cuba menyentap minta orang Melayu dengan mengingatkan ketiadaan perpaduan akan menyebabkan mereka terpaksa menjadi peminta sedekah pada kaum-kaum lain demi untuk mengekalkan kuasa.

Berucap pada satu majlis kepimpinan belia di Kuala Lumpur kata kini bukan sahaja UMNO malah PKR dan PAS terpaksa minta sedekah dari kaum Cina dan DAP untuk menang.

Katanya ini berlaku sekalipun orang Melayu adalah 60 peratus penduduk negara ini.

Serentak dengan itu beliau mahu orang Melayu buka mata pada sejarah negara sebelum merdeka serta belajar taktik musuh.
Beliau bimbang sejarah akan berulang jika mereka terus alpa.

Dr Mahathir kata orang Melayu bermula dengan jumlah penduduk 80 peratus namun dengan pemberian kewarnegaraan kepada kaum lain selepas merdeka mereka kini susut pada 60 peratus.

Bekas Perdana Menteri itu harap orang Melayu menerap ajaran Islam yang sebenar untuk berjaya.

"Kita mengutamakan tahfiz tetapi tidak meningkatkan penguasaan kita dalam bidang sains dan metamatik.Ini juga satu cara lain perkuatkan Islam," katanya.

Beliau bimbang jika tidak ubah sikap orang Melayu akan terus ketinggalan sekalipun Malaysia capai status Negara maju pada tahun 2020.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana