Melayu Kutuk Bangsa Sendiri Itu Buta Dan Haprak

KUALA LUMPUR 13 Dis - Kumpulan Melayu yang bersama-sama penentang dan pengkritik Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) adalah kumpulan yang "buta" dan "haprak", kata Naib Presiden Perkasa Tan Sri Abdul Rasyid Abdul Rahman.

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berkata, pertubuhan itu juga kini sedang diuji dengan serangan dan tohmahan yang dilakukan kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka.

"Perkasa sedang diuji, bila ada orang mula serang bermakna ada yang gerun dengan kita, mereka akan akan cari ruang untuk cari apa yang Perkasa perjuangkan.

"Saya harap orang yang buta Perkasa ini celik, tidak sepatutnya mereka mengejek dan mencemuh kita. Lebih menyedihkan, ada orang Melayu yang mencemuh kita.

"Inilah Melayu haprak yang kita perlu ubah pemikiran mereka," katanya berucap merasmikan Persidangan Tahunan Wira Perkasa Malaysia 2014, di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

"Kalau tidak mahu bersama kita tengok sahajalah apa yang kita lakukan," tambahnya.

Beliau berkata, Perkasa tidak memusuhi mana-mana kaum dan agama, sebaliknya hanya memperjelaskan kedudukan Melayu dan Islam seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kita hanya jalankan aktiviti mempertahankan agama, memperkuatkan kedudukan bangsa. Itu sahaja, tanpa menyentuh hak-hak pihak lain.

"Kita perlu bersama-sama kaum lain, dan mendapatkan hak yang perlu diperolehi kita semua," kata Rasyid.

Beliau berkata, kepimpinan Umno juga semakin hari semakin "sakit" dan terdapat banyak perubahan perlu dilakukan parti Melayu itu.

"Saya tidak benci Umno, tetapi orang Umno kena faham, banyak yang perlu diubah.

"Ada pemimpin Pemuda, tapi macam tidak berfungsi, jangan berjalan macam itik, jaga Pemuda itu," katanya, dipercayai merujuk kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Rasyid berkata, Perkasa juga tidak pernah berniat mencetuskan ketegangan, sebaliknya parti politik seperti DAP seringkali mencetuskan sentimen sedemikian.

"DAP adalah satu daripada pihak yang menimbulkan ketegangan.

"Mereka cuba sekat pengembangan agama Islam," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana