LIM GUAN ENG DAP DICABAR LETAK JAWATAN & BERDEPAN SAMAN MALU!!

Terkini ialah tindakan melulu Lim Guan Eng DAP yang cuba mengambil kesempatan kepada kenyataan Datuk Mohd Zaidi, Pengerusi UMNO Permatang Pauh yang telah diputarbelitkan oleh sesetengah media terutamanya portal pro-pembangkang.

Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh, Dato' Mohd Zaidi atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Zaidi sebentar tadi di dalam satu sidang media telah melahirkan kekecewaannya terhadap beberapa media pro pembangkang yang memutarbelitkan kenyataannya pada Persidangan Agong UMNO (PAU 2014) yang lepas sehingga membangkitkan kemarahan kaum lain terhadap dirinya dan juga UMNO.

Sambil merujuk kepada kenyataan Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap dirinya, Zaidi berkata bahawa tindakan Guan Eng yang merujuk kepada akhbar pembangkang adalah amat memalukan.

Zaidi dalam kenyataannya berkata, beliau sebagai Ketua Menteri seharusnya mencari bukti yang lebih kukuh untuk menghukum dirinya kerana apa yang keluar dari mulutnya ketika PAU 2014 itu bukanlah satu tuduhan kepada seluruh kaum Cina, tetapi ialah adalah satu ucapan umum dimana semua ketahui bahawa masalah perjudian dan pusat maksiat haram melibatkan segelintir tauke-tauke dari kaum itu.

"Saya dalam ucapan ketika PAU 2014 yang lalu tidak menyentuh tentang keseluruhan kaum Cina, tetapi dalam ucapan itu saya hanya menyebut kadang-kadang atau dalam maksud yang lain adalah segelintir kaum Cina yang terlibat. Tetapi malangnya kadang-kadang itu tidak ditulis (media pro pembangkang). Ini terbukti satu niat jahat yang tidak baik", ujar Zaidi kepada puluhan media sebentar tadi.

Dalam sidang media itu juga , Zaidi turut memberitahu bahawa beliau akan menyahut cabaran Guan Eng yang mahukan beliau mendedahkan 5 pusat hiburan dan maksiat haram di P.Pinang memandangkan Guan Eng masih bertegas bahawa P.Pinang sifar kegiatan maksiat dan perjudian haram.

Inilah masaalah sesetengah media yang hanya melaporkan sekerat sahaja daripada pengertian sebenar yang dihujahkan. Malah, laporan media itu telah menimbulkan salah pengertian dan juga berniat jahat untuk mensensasikan isu yang tidak betul.

Dalam masa yang sama, MiM telah menjangka bahawa portal-portal pro-pembangkang dan kepimpinan Pembangkang terutamanya parti chauvinis DAP akan mengambil kesempatan terhadap Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Portal-portal pro-pembangkang bukan sahaja spin isu-isu yang dibangkitkan tetapi dengan sengaja cuba mencerminkan kononnya parti UMNO ini sangat rasis dan hanya mementingkan kaum Melayu dan bumiputera sahaja.

Tujuannya ialah untuk mengapi-apikan kebencian melampau kaum lain kepada parti UMNO padahal sejarah telah membuktikan bahawa parti UMNO tidak membelakangi kaum-kaum lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana