Kewarganegaraan Alvin bakal dikaji semula

Kerajaan Malaysia menyerahkan soal status kewarganegaraan blogger kontroversi, Alvin Tan kepada penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri untuk pertimbangan dan tindakan lanjut.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau enggan campur tangan dalam soal perundangan untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap dirinya.

"Saya tidak mahu dianggap apabila kenyataan daripada menteri keluar, ianya kononnya berbaur politik sedangkan ianya tiada kena mengena dengan soal politik.

"Ianya mengenai soal prinsip kenegaraan dan pematuhan kepada undang-undang yang ada di negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ulang tahun Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan, di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan blogger seks itu yang telah memuat naik kenyataan yang menghina institusi Diraja Selangor secara terang-terangan dalam akaun Facebooknya, kelmarin.

Alvin, 26, dipercayai telah memuat naik kenyataan menghina Sultan Selangor itu ketika berada di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Alvin dihadapkan pertuduhan jenayah di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Penapisan Filem kerana memuat naik entry 'bak kut teh' pada bulan Ramadan tahun lepas dan gambar serta video seks bersama pasangannya, Vivian Lee dalam sebuah blog.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, soal kewarganegaraan Tan tertakluk kepada akta lain dan ia perlu diperhalusi oleh penasihat undang-undang KDN terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim untuk membatalkan pasport perjalanan antarabangsa milik Tan susulan tindakan biadapnya, kelmarin.

"Bermula esok, pasport Alvin akan dibatalkan serta-merta ekoran beliau terus memainkan isu-isu sensitif dan melakukan beberapa tindakan yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara kita.

"Ketua pengarah Imigresen akan menggunakan kuasanya yang termaktub dalam akta imigresen untuk membatalkan pasport Tan nanti," katanya.

Ahmad Zahid tidak menolak walaupun tindakan membatalkan pasport itu dibuat, Tan dipercayai akan terus mendapatkan suaka politik dari negara besar itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana