KENAPA JOE BIDEN 'PRIHATIN' DENGAN NASIB ANWAR?

Membaca twitt Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengenai 'keprihatinan' beliau terhadap kes liwat Anwar Ibrahim bukanlah satu perkara yang mengejutkan.

'Keprihatinan' beliau adalah bukti yang mana Ketua Pembangkang tersebut mempunyai jalinan rapat dengan kepimpinan negara Uncle Sam tersebut.

Perlu diingatkan, Malaysia bukanlah sebuah negara yang amat rapat dan bersekutu dengan kepimpinan Amerika Syarikat, walaupun dalam banyak perkara kita kelihatan cenderung kepada negara berkenaan.

Namun kecenderungan tersebut tidaklah setahap 'memuaskan' KPI Jabatan Negara Amerika Syarikat berbanding Singapura, Israel, Britain, Jepun, Filipina dan lain-lain lagi.

Walaupun Amerika merupakan rakan dagangan terbesar di Malaysia, ianya tidak menghalang pemimpin Malaysia mengadakan hubungan yang lebih mesra dengan kuasa baru ekonomi besar dunia, China. Yang pastinya sesuatu yang amat dibimbangi oleh Amerika Syarikat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana