Jabatan Imigresen Batalkan Pasport Alvin Tan - Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen akan membatalkan pasport milik blogger seks kontroversi Alvin Tan mengikut Akta Imigresen esok.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jabatan berkenaan mempunyai kuasa untuk membatalkan dokumen perjalanan Tan kerana ia merupakan harta kerajaan.

"Pasport boleh dibatalkan di bawah Akta Imigresen dan kita akan melaksanakannya esok (Isnin)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Skuad Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (STAGG) di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FEIM) pada Ahad.

Ia berikutan posting terbaru Tan di Facebook yang mempersoalkan tindakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran 'Datuk Seri' yang dikurniakan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana