Isu pil kuda: Presiden PAS berjaya ketepi saman ahli PKR...Lihatlah AHli PAS Tak Sedih Ker?

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya mengetepikan saman fitnah RM2juta oleh bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mohd Amin di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pagi Isnin.
Ini selepas hakim membuat keputusan menolak saman yang difailkan oleh Mohd Shamsul dengan kos.

Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU 13 lalu.

Hadi diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co.

Febuari lalu Hadi diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul.

Ini berikutan kegagalan Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi mengenepikan perintah itu.

Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana