Haniza Talha Sudah Panas Bontot Bila Disoal @PDRMsia Kes Fitnah PERMATA

Naib Ketua Wanita PKR, Haniza Talha, mula panas buntut apabila pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan kes fitnah PERMATA. Haniza yang dipetik oleh The Malaysian Insiders berkata,

"Menjadi tugas saya sebagai ADUN untuk bertanya kerajaan mengenai penggunaan wang atau peruntukan bajet. Sekiranya saya sebagai seorang ADUN boleh disoal siasat, boleh dituduh memfitnah, ini menunjukkan rakyat tidak boleh bertanya apa-apa.

Ia soalan yang wajar, kerana saya terpaksa melayari Internet bagi mendapatkan butiran isu ini, tetapi tiada jawapan ditemui. Sebab itu saya tanya soalan itu."

Kenapa beliau membuat 'flip flop' dan membuat 'u-turn' sebanyak 180 darjah? Kenapa tiba-tiba beliau berkata beliau hanya bertanya. Mari kita lihat kenyataan beliau sebelum ini.

Cuba baca perenggan pertama dan kedua, adakah ianya berbentuk soalan atau kenyataan berbau hasutan? Kenapa perlu mengheret Rakyat bersama-sama dengan fitnah dan hasutan beliau dengan berkata, "Rakyat tidak boleh bertanya apa-apa?".

Oleh itu, tindakan PERMATA, sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, membuat laporan polis berhubung artikel sebuah portal yang didakwa menjejaskan imej dan kredibiliti agensi itu adalah tepat dan Haniza Talha harus bertanggungjawab di atas dakwaan dan fitnah beliau. CTS juga berpandangan agar DS Rosmah Mansor harus menyaman Ketua Wanita PKR ini atas kapasiti Penaung PERMATA maupun atas kapasiti individu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana