DAP Tetap Tuntut Jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor....DAP Memang Tamak Kuasa

PETALING JAYA 1 Dis - DAP akan tetap menuntut satu lagi Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diwujudkan bagi meletakkan parti itu memegang jawatan tersebut.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, pihak parti akan terus melobi sehingga ianya diluluskan walaupun ianya telahpun dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN baru-baru ini.

"Kami tidak berniat untuk menghalang timbalan speaker dari PAS yang telah dilantik.

"Kami hanya menuntut bahawa timbalan speaker kedua dilantik seperti sebagaimana di Perak dan Sabah," ujar Pua dalam ucapan Konvensyen DAP Selangor di Pusat Sivik Petaling Jaya di sini semalam.

Beliau menjelaskan, tuntutan DAP Selangor itu tidak keterlaluan jika dibandingkan dengan komitmen parti itu terhadap kerjasama Pakatan Rakyat (PR).

Tegasnya, DAP Selangor terbukti konsisten dalam perjuangan PR walaupun berhadapan dengan beberapa konflik termasuk krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

"DAP merasakan bahawa permintaan kami adalah adil dan tidak keterlaluan .

"DAP meminta agar Menteri Besar, Azmin Ali adil kepada DAP," katanya

Pua turut berkata, pihaknya bersetuju untuk memilih ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim bagi memegang jawatan itu.

"Suee Lim kekal sebagai pilihan parti itu untuk jawatan Timbalan Speaker Tambahan," tegasnya.

Suee Lim yang sebelum ini merupakan calon DAP bagi jawatan Timbalan Speaker telah tewas kepada wakil PAS iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi, Mohd Shafie Ngah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana