DAP TAKUT Amat Amat Sangat Kalau......UMNO dan PAS perlu berkerjasama pertahan Islam - Bekas Ketua Hakim

UMNO dan PAS sekali lagi digesa mencari jalan untuk meneruskan usaha bergabung atau bekerjasama demi mempertahankan nilai dan prinsip Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan sejak mencapai kemerdekaan.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, dalam konteks Malaysia, orang Melayu yang sinonim sebagai umat Islam perlu bersatu dan sekata agar prinsip dan nilai Islam dapat dipertahankan daripada dihapuskan oleh pihak yang mempunyai niat tidak baik terhadap Melayu dan Islam.

“Kemuncak dan perpaduan orang Melayu selepas merdeka wujud selepas peristiwa 13 Mei apabila pelbagai program untuk membangunkan kaum itu dan agama Islam telah dilaksanakan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Perpaduan Melayu Teras Pembinaan Negara Islam dalam Muzakarah Pakar: Kedudukan Malaysia Sebagai Sebuah Negara Islam: Satu Perbahasan anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Selasa.

Perpaduan Melayu teras negara Islam

Katanya, selepas peristiwa itu, kerajaan meminda Akta Hasutan untuk memasukkan Seksyen 3(1)(f) bagi memperkuatkan lagi benteng pertahanan orang Melayu dan Islam.

“Tetapi hal ini sudah berubah, terutama sekali dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini. Akibatnya, perhatilah apa yang dilakukan oleh orang bukan Islam terhadap agama Islam kebelakangan ini.

“Perkara-perkara yang tidak pernah terbayang di fikiran kita telah berlaku sewenang-wenangnya. Ini kerana mereka tahu kita sudah lemah. Mengapa kita lemah? Sebab kita berpecah,” katanya.

Namun katanya, bersatu sahaja tanpa tahu apa yang hendak dilakukan tidak akan memberi apa-apa makna.

“Kita perlukan pakar dan pengamal dalam pelbagai bidang untuk duduk bersama, berfikir, mengenal pasti apa yang tidak Islamnya dari segi institusi, dasar, undang-undang dan lain-lainnya serta kemukakan cadangan yang konkrit bagaimana perlu diganti kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, orang Melayu dan umat Islam perlu menyokong tindakan UMNO yang menunjangi kerajaan memerintah yang mengisytiharkan Akta Hasutan dikekalkan seperti dituntut banyak pihak yang cintakan keamanan dalam Malaysia.

Katanya, sejak merdeka, orang Melayu dan umat Islam telah banyak menerima faedah daripada peruntukan tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan terutama yang menyentuh soal Islam sebagai agama rasmi negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana