DAP JANGAN ASYIK SALAHKAN PAS.....BELUM DAP KUASAI LAGI NEGARA TU

Pas menyifatkan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai tidak wajar dan boleh melemahkan PR terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebagai sebuah parti gabungan, kejayaan atau kegagalan terletak kepada semua parti komponen dan bukan kepada satu parti sahaja.

“Tidak wajar kegagalan diletakkan di bahu Pas. Beliau tidak perlu menimbulkan isu mesyuarat PR tidak boleh diteruskan tanpa kehadiran seorang ahli. Ia masih boleh dijalankan seperti biasa.

“Sebelum ini pun, banyak kali mesyuarat diadakan, walaupun ada ahli tidak dapat hadir, sama ada daripada Pas, DAP atau PKR,” katanya.

Beliau berkata, Kit Siang perlu menghentikan serangan terhadap parti lain dalam PR atau menimbulkan polemik dalaman dan sebaliknya beliau patut fokus kepada isu rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL