DAP CUMA ADA 38 ORANG AHLI PARLIMEN BERBANDING MELAYU-BUMIPUTERA 136 ORANG, TETAPI MEREKA SANGAT BERKUASA DAN BIADAP!!!

Jumlah Ahli-Ahli Parlimen DAP yang hampir keseluruhannya adalah berbangsa Cina kecuali beberapa orang India dan Punjabi, hanyalah 38 orang daripada 222 orang keseluruhan Ahli Parlimen. Manakala Ahli-Ahli Parlimen 5 Melayu-Islam pula berjumlah 136 orang. Manakala penduduk Malaysia dari kalangan orang Cina hanyalah 22.6% daripada keseluruhan 30 juta orang, manakala Melayu-Islam pula adalah 52%.

Namun jumlah yang kecil itu tidak menjadikan mereka minoriti. Cina DAP jauh lebih agresif berbanding Cina-Cina yang menyokong Kerajaan sedia ada. Bahkan Cina-Cina yang menyokong majoriti pula, kelihatan takut dan akhirnya terpaksa mengikut arus yang dibawa oleh Cina-Cina DAP sehingga menjadikan mereka juga sebagai mangsa kemarahan kaum majoriti.

Dengan hanya 38 orang Ahli Parlimen, DAP menjadi sangat berlagak, sangat angkuh dan sangat kurang ajar. Mereka bermain dengan isu-isu perkauman dan agama, kemudian tanpa rasa bersalah, menuding ke arah UMNO dan Barisan Nasional kononnya UMNO dan Barisan Nasional yang menjadi punca segala masalah membabitkan kaum dan agama di negara ini.

Bukti terdekat ialah bagaimana Lim Guan Eng memainkan kembali isu kalimah ALLAH yang amat sensitif dalam usahanya untuk menenggelamkan pelbagai isu yang membelenggu DAP terutama sekali yang membabitkan kegagalannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selain tentangan dari ahli-ahli DAP yang mendesaknya agar melepaskan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ternyata polemik yang dimainkan oleh Lim Guan Eng menarik perhatian. Racun dan hasutan yang dibuat oleh DAP telah menarik golongan yang kurang memikirkan kesan kepada bangsa dan agama Islam, untuk bukan sahaja melakukan demonstrasi dan menyerbu pejabat DAP, tetapi juga telah dijadikan sebagai bahan oleh DAP untuk menunjukkan yang UMNO, Barisan Nasional dan Melayu-Islam adalah punca segala ketidaktenteraman di negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL