Coverline... konon 'sibuk' jadi alasan Pakatan tak mesyuarat enam bulan

Jika kita ikuti isu Pakatan tak mesyuarat ini, nampak sangat PKR sedang 'coverline' pergaduhan besar antara PAS dan DAP.
DAP sebelum ini mendakwa Pakatan tak bermesyuarat sebab Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang selalu 'mengelak', manakala PAS jawab bahawa pemimpin DAP lebih kerap ponteng mesyuarat.

Macam biasa Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim cuba jadi pendamai apabila mendakwa mereka tak bermesyuarat sebab 'sibuk'.

Kenyataan Anwar kemudian disambut Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang mendakwa kekangan masa sebagai wakil rakyat dalam Pakatan menjadi punca parti itu tidak berkesempatan untuk mengadakan mesyuarat hampir enam bulan.

Namun tambahnya, seperti yang telah diutarakan oleh Anwar, dijangkakan mesyuarat akan diadakan pada bulan hadapan, malah beliau juga berpandangan bahawa perkara itu tidak menjadi isu.

"nwar telah keluarkan kenyataan semalam...  kami akan berjumpa nanti... ada banyak masa cuti bulan Disember.

"Kami bekerja sangat keras," katanya ringkas.

Terbaru Anwar meremehkan kebimbangan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa Pakatan mungkin terpaksa dibubar sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Lim sebelum ini mendedahkan pimpinan Pakatan yang dianggotai DAP, PKR dan PAS tidak bermesyuarat lebih enam bulan kerana dibelit dengan pelbagai perbalahan dalaman dan berisiko kehilangan sokongan rakyat.

Bagaimanapun Anwar mendakwa Majlis Presiden Pakatan akan bermesyuarat bulan depan dan menganggap kenyataan Lim itu hanya cubaan untuk memberi “kejutan” kepada Pakatan.

Anwar mendakwa sungguhpun Pakatan tidak bermesyuarat di peringkat tertinggi, kerjasama  tiga parti di peringkat lain masih kukuh.

Bagaimanapun kenyataan itu dipertikaikan berasaskan kekalahan berturut-turut Pakatan pada pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan dan DUN Pengkalan Kubor.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL