Bukan Islam Pulau Pinang tak dilarang guna 'Allah', kata Guan Eng...Bukan Kah Kurang AJar NI?

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini memberi jaminan bukan Islam tidak dilarang untuk menggunakan perkataan ‘Allah’ di Pulau Pinang.

Katanya, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 yang melampirkan fatwa mengenai larangan berkenaan pada 2010 tidak membabitkan bukan Islam.

“Bukan Islam tidak tertakluk kepada undang-undang Islam,” kata Lim dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini.

“Enakmen itu hanya membabitkan orang Islam dan tidak kepada bukan Islam. Maka isu itu tidak berbangkit,” katanya sebagai respons kepada gesaan pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, yang mahu kerajaan Pulau Pinang membatalkan larangan itu.

“Kita tidak pernah meluluskan undang-undang yang membenarkan perkara ini dilaksana ke atas bukan Islam,” tambah Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

“Mengapa mereka mahu kita meminda undang-undang sedangkan tidak ada undang-undang yang perlu dipinda?”

Katanya, penasihat undang-undang negeri sudah mengesahkan kepadanya enakmen berkenaan tidak tertakluk ke atas bukan Islam.

Dalam fatwa di bawah Seksyen 48, enakmen bertarikh 7 Januari 2010, bekas mufti Pulau Pinang Datuk Hassan Ahmad mengisytiharkan 40 perkataan, termasuk ‘Allah” yang hanya boleh digunakan oleh orang Islam dan Muslim sahaja.

Lim berkata, walaupun sesuatu perisytiharan boleh dibuat, sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak adalah perkara yang berbeza.

Dalam satu kenyataan semalam, Ti yang juga ahli jawatankuasa pusat MCA berkata, Pulau Pinang wajar tampil ke hadapan dan berhenti membohongi rakyat, terutama masyarakat Kristian, bahawa larangan penggunaan Allah adalah berpunca daripada Barisan Nasional.

Katanya, Lim dan DAP dengan mudah menyalahkan Putrajaya dan memberi gambaran kegagalan kerajaan persekutuan dan perdana menteri bertindak menjadi punca kemelut penggunaan perkataan ‘Allah’.

“Lim Guan Eng patut sedar bahawa enakmen negeri, termasuk Selangor dan Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan, punca larangan penggunaan perkataan ‘Allah’,” tambahnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana