Bantuan gagal tiba, mangsa banjir terpaksa pecah kedai runcit

KUALA KRAI: Penduduk Kampung Laloh di Jajahan Kuala Krai, Kelantan terpaksa memecah pintu kedai runcit di kampung mereka setelah tiga hari tidak menerima bekalan makanan.

Mangsa banjir, Faizal Ab Rahim berkata, sehingga jam 4.00 petang tadi (Khamis) tiada satu pun bantuan bekalan makanan diterima untuknya dan lebih 2500 lagi mangsa dari 500 keluarga yang berpindah ke SK Laloh.

"Setakat ini tiada pihak menghulurkan bantuan. Helikopter dah berlegar di udara, tetapi tidak tahu apa tujuan helikopter berkenaan."

Begitupun, tindakan memecah masuk kedai runcit itu dibuat setelah mendapat kebenaran pemiliknya.

"Pusat perpindahan pertama kami di SMK Laloh turut dinaiki air sehingga ke aras dua. Mangsa kemudian berpindah ke penempatan kedua iaitu di SK Laloh."

Kampung Laloh terputus hubungan setelah semua jalan darat ditenggelami air tiga hari lalu.

Selain itu, bekalan air bersih dan elektrik turut terputus.

Sementara itu makluman mengenai nasib penduduk Kampung Laloh hanya disampaikan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) berikutan gangguan talian telefon dan data mudah alih.

Faizal juga bimbang, pihak penyelamat menghantar (airdrop) bantuan makanan di lokasi yang salah, memandangkan hanya satu sahaja lokasi yang sesuai untuk tujuan "airdrop".

"Sekarang lokasi yg paling sesuai utk menghantar bantuan ialah kawasan perkuburan yang bebas air," jelas Faizal lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana