Banjir: PAS Kelantan minta bantuan Pakatan


SHAH ALAM: Ekoran keadaan banjir yang kian memburuk, PAS Kelantan menghantar surat bagi meminta bantuan daripada rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Sehingga kini kata Naib Presiden Datuk Husam Musa, Selangor melalui Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali bersetuju untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di neger itu.

Namun bagi Pulau Pinang, beluam ada keputusan sumbangan akan dihantar oleh kerana Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, namun beliau pada waktu ini berada di luar negara.

"Saya telah menghubungi YAB Menteri Besar Selangor Azmin Ali supaya dapat mengirim sumbangan tanda solidarati. Alhamdulillah kerajaan Selangor bersetuju dan jumlah bantuan mungkin di umumkan sehari dua ini.

"Saya juga cuba menghubungi YAB Ketua Menteri Pulang Pinang bagi tujuan yang sama tapi beliau masih berada di luar negara," katanya menerusi kenyataan media.

Menurut portal banjir negeri, sebanyak 153 pusat pemindahan dibuka di sembilan daerah dan Gua Musang mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 7,385 orang membabitkan 1,880 keluarga.

Sebanyak 39 laluan di lapan daerah terpaksa ditutup untuk kenderaan kecil dan berat berikutan paras air terus meningkat.

Sementara itu, tinjauan di kawasan bandar di hampir semua daerah mendapati, paras air terus meningkat sehingga paras pinggang.

Husam dalam masa sama berkata hasil tinjuauan beliau ke Kota Darul Naim mendapati peningkatan air naik secara drastik namun sehingga kini hujan sudah mula berhenti.

Pihak bomba negeri itu tambah beliau juga akan cuba menghantar bantuan kepada penduduk yang terperangkap di manek Urai.

"Mengenai penduduk yg terperangkap di atas sebuah bukit di Manek Urai, pihak Bomba cuba menghantar bantuan pada malam ini juga dan pihak tentera akan membuat percubaan kali ketiga bagi menghantar bantuan pada esok pagi," jelas beliau.

Semalam, dilaporkan keadaan banjir di Kelantan semakin memburuk di Manek Urai dan Kuala Krai apabila paras air di kawasan sekolah berkenaan yang menempatkan mangsa-mangsa banjir meningkat dengan cepat.

Husam turut menyarankan agar Majlis Keselamatan Negeri katanya menggerakkan jumlah jentera yang lebih ramai untuk tujuan bantuan apatah lagi perhubungan kini terputus di beberapa kawasan yang kritikal.

"Berdasarkan kedudukan yg kritikal pada waktu ini, jika sekiranya hujan esok hari, pihak Majlis Keselamatan Negara harus menggerakkan lebih banyak jentera dan tenaga bantuan di kawasan kawasan kritikal, apa lagi kemudahan perhubungan utama antara Kelantan dan negeri lain telah terputus.

"Kemudahan bot Bomba yang lebih besar umpamanya tidak dapat di hantar ke Kelantan," ujar beliau.

Sehingga pagi ini  dilaporkan mangsa banjir di Kelantan terus meningkat dengan 32,731 mangsa membabitkan 9,335 keluarga kini berada di pusat pemindahan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana