Bakar Al-Quran: Dr Mashitah beri keterangan kepada polis

Penasihat DAP Lim Kit Siang tidak perlu tunggu lama untuk polis menyiasat ucapan Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana Ketua Wanita UMNO Baling itu sudah pun memberi keterangan di IPD Dang Wangi, petang Ahad.
Dr Mashitah yang membangkitkan isu pembakaran Al-Quran dalam perbahasannya di Perhimpunan Agung UMNO 2014 baru-baru ini tiba di ibu pejabat polis itu jam 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira jam 4 petang.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu ditemani suaminya Datuk Seri Abdul Shakor Abu Bakar.

Beliau memberi keterangan kepada pegawai yang diketuai seorang berpangkat ASP dari unit Jenayah Terkelas, Bukit Aman.

Bagaimanapun, Dr Mashitah yang dihubungi enggan menyatakan butiran keterangan yang diberikan kepada pihak polis.

Difahamkan, beliau dipanggil memberi keterangan Jumaat lalu lalu tetapi hanya dapat hadir petang ini kerana ada urusan di Kedah.

Dua hari lalu, Lim yang juga ahli parlimen Gelang Patah mahu bertemu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengetahui mengapa polis gagal mengambil tindakan terhadap Dr Mashitah selepas 24 jam aduan dibuat.

Beliau mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO bukan sahaja sudah hilang akal sepanjang perhimpunan tetapi selepas selesai, menteri-menteri UMNO tidak mampu menjalanan tugas dengan baik.

Zahid adalah Naib Presiden UMNO.

Lim menuduh ucapan Dr Mashitah berbau hasutan dan dua ahli parlimen DAP Teo Nie Ching dan Kasthuri Patto membuat laporan polis yang turut disertai setiausaha politik beliau, Dyana Sofea Mohd Daud dan aktivis Syafura Othman.

DAP mendakwa ucapan Dr Mashitah pada perhimpunan itu berniat membangkitkan ketakutan antara kaum dan agama, ketegangan dan konflik dengan berbohong kononnya orang Cina di Kedah membakar Al-Quran.

Mashitah dalam penjelasannya sebelum ini berkata, sebelum menyampaikan perbahasan, beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Wanita UMNO Kuala Kedah bahawa berlaku peristiwa di DUN Kubang Rotan (Kedah) di mana ada masyarakat Cina membakar Al -Quran dalam upacara sembahyang.

Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir pula menjelaskan, siasatan awal mendapati kejadian itu dilakukan oleh mereka yang kurang siuman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana