Apa cerita dalam kelambu PKR Sabah hingga ADUN Inanam merajuk ?

Belum sampai 100 hari isu Menteri Besar Selangor yang melibatkan PKR selesai... jadi pulak isu baru dalam rumah tangga parti Anwar Ibrahim itu.
Kali ini ramai nak tahu apa yang sebenarnya jadi dalam kelambu PKR Sabah sehingga ADUN Inanam Dr Roland Chia umum hasrat hendak letak jawatan?

Itu persoalan yang berlegar dikalangan pemerhati politik... alasan sebab masalah kesihatan nampak 'klise' sebab rupanya beliau tidak berbincang dengan partinya sendiri.

Nampak gaya kalau gaya ini... lebih kepada merajuk... tapi apa sebabnya?

PKR cuba guna alasan akuan Facebook ADUN Inanam berkenaan mungkin digodam bagi menjelaskan situasi kelam-kabut dalam rumah tangganya kali ini.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin berkata Dr Roland Chia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ADUN Inanam itu bersumberkan laman Facebooknya.

"Buat sementara waktu ini, ini khabar anginlah sehinggalah kita memperolehi pengesahan (mengenainya). Saya sudah periksa dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah (Datuk Seri Dr Salleh Tun Said) dan (saya) dimaklumkan tidak ada perletakan jawatan (ADUN)," katanya.

Menurut Lajim minggu lepas dia dan Dr Chia bersama-sama menghadiri satu mesyuarat namun ADUN Inanam berkenaan langsung tidak menyebut mengenai hasratnya untuk meletak jawatan.

Sementara, Chia masih belum dapat dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut darinya dan difahamkan beliau berada di luar negara.

Speaker Dun Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said ketika dihubungi Bernama juga mengesahkan pihaknya belum menerima surat perletakan jawatan daripada Dr Chia.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lepas Dr Chia mendapat 8,926 undi dengan majoriti 3,202 undi menewaskan Eric Majimbun dari Parti Maju Sabah (SAPP) yang mendapat 5,003 undi dan Joseph Paulus Lantip dari Barisan Nasional yang memperoleh 5,724 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana