Alvin Tan makin gentar

Blogger seks kontroversi, Alvin Tan yang kini mencari suaka politik di Amerika Syarikat nampaknya terkesan dengan tindakan kerajaan Malaysia melalui Jabatan Imigresen yang menarik balik pasport antarabangsa miliknya.

Dalam status Facebook yang dimuat naik tengah hari tadi, Alvin menulis: “Kini sudah rasmi, saya sekarang pendatang tanpa izin di Amerika Syarikat yang akan diekstradisi secepat mungkin ke Malaysia, menurut penyokong UMNO yang bercakap seolah-olah mereka adalah pakar imigresen.”
Di hujung statusnya, dia meletak hashtag ‘PrayingToGuanYinMaForSafety‬’ iaitu doa khusus kepada Dewi Quan Yin iaitu dewi pemberi rahmat untuk penganut agama Buddha.

Dalam status terbarunya pula, Alvin menulis lagi: “Bayangkan sekiranya Menteri Dalam Negeri menggunakan kecekapan yang tak masuk akal ini untuk menyelesaikan masalah rasuah dan menangani jenayah daripada menarik balik pasport saya… tapi…(itulah yang berlaku).”

Seorang pengikut Facebook Alvin, Bee Wee Hoi berkata, tindakan kerajaan itu kerana mahu Alvin pulang dan menghadapi pertuduhan.

“Dengan menarik balik pasport anda, ini bermakna mereka tidak benarkan anda pulang seperti yang berlaku kepada (mendiang) Chin Peng, tetapi tetap mahu anda pulang untuk dihadapkan ke mahkamah. Logik apakah ini?
Seorang lagi pengikut, Safrin Eza Bahrim berkata, Alvin perlu berani menerima akibat daripada perbuatannya.

“Kebebasan bersuara diberikan kepada setiap orang tetapi tidak bermakna kita bebas daripada akibat perbuatan kita. Sekiranya anda berani untuk bersuara, maka anda perlu berani menerima akibatnya.
“Dalam perkataan ringkas, Alvin Tan seorang pengecut yang menyembunyikan tangan selepas membaling batu,” katanya (disunting).

The Rakyat Post melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia akan menghantar satu surat rasmi kepada pencetus kontroversi Alvin Tan dan seorang lagi Ali Abdul Jalil sebagai makluman berhubung penarikan balik pasport antarabangsa milik mereka yang dikeluarkan oleh jabatan itu esok.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, perkara itu juga akan diwartakan menerusi akhbar-akhbar tempatan sebagai pemberitahuan umum berhubung langkah yang diambil.
Satu Sijil Perakuan Cemas (EC) turut akan dikeluarkan kepada Alvin dan juga Ali melalui Pejabat Perwakilan Malaysia bagi membolehkan kedua-dua mereka dibawa pulang ke Malaysia.
“Dengan penarikan semula pasport antarabangsa berkenaan mereka berdua boleh dianggap sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara tempat mereka berada sekarang ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana