Ahmad Shabery : 'Alvin Tan Pengecut'

KEMAMAN, 6 Dis - Tindakan blogger kontroversi Alvin Tan yang dipercayai memuat naik kenyataan yang mempersendakan institusi beraja melalui Facebooknya, amat dikesali.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, tindakan biadapnya itu tatkala melarikan diri ke Los Angeles bagi mendapatkan suaka politik disifatkan sebagai seorang pengecut.

"Dia sepatutnya berfikir dan tahu akibatnya tentang apakah sikap dan pandangan orang ramai tentang kenyataan dibuatnya melalui posting dari luar negara ketika sedang bersembunyi," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama lebih 300 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Kemaman dekat sini semalam.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh dan Pengarah JASA Terengganu Adli Kesah.

Alvin atau nama sebenarnya, Tan Jye Yee, 26, dipercayai memuat naik kenyataan itu di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya, yang mendakwa sultan tidak mempunyai kuasa untuk memberi dan menarik balik gelaran kebesaran kepada mana-mana pihak.

Status tersebut dipercayai ditujukan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas baginda menarik balik gelaran Datuk Seri daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Nov lepas.

Sebelum ini, Alvin mengeluarkan kenyataan kesat terhadap pemimpin negara dan bertindak melarikan diri ke luar negara pada September lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana