UMNO Selangor Lembab : Noh Omar Akui Kritikan Najib

KUALA LUMPUR 1 Nov - Kritikan terbuka Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap UMNO Selangor yang disifatkan masih lembab dalam menambat hati rakyat dan pengundi di negeri itu diakui sendiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Noh berkata, kritikan tersebut dilihat sebagai satu cabaran buat parti dibawah pimpinan beliau.

"Ucapan Datuk Seri Najib yang terbuka dan ikhlas. Benar, apa yang dikatakan itu adalah satu kenyataan. UMNO Selangor kena sambut cabaran dan garis panduan yang diberi Datuk Seri Najib. Ia juga merupakan cabaran kepada saya.

Mungkin sebelum ini diberi taklimat dan keyakinan bahawa beliau akan menang (PRU13) namun kalah lebih teruk. Saya dapat rasa kekecewaan itu. Saya diberi tugas untuk pikul amanah ini dan saya memerlukan sokongan di semua peringkat bahagian dan cawangan, bangkit bersama melaksanakan transformasi seterusnya menunaikan harapan Presiden."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Konvensyen UMNO Selangor 2014 : 'Bersama Melaksana Transformasi' yang disempurnakan Presiden parti di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Abdul Shukur Idrus dan Pengarah Konvensyen merangkap Ketua Penerangan UMNO Selangor Datuk Zein Isma Ismail serta Ketua-Ketua Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Selangor.

Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dengan lantang membidas gerak kerja UMNO Selangor yang disifatkannya masih lembab dalam menambat hati rakyat dan pengundi di negeri itu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL