Treler Bawa Tong Gas Terbabas Dekat Terowong Menora

IPOH: Sebuah treler membawa muatan tong gas terbabas menyebabkan muatan yang dibawa tercampak di atas jalan dalam kemalangan di Kilometer 256.9, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora pagi Rabu.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, insiden itu berlaku kira-kira pukul 9 pagi Rabu.

"Treler tersebut menuju ke utara sebelum terbabas dan beberapa tong gas tercampak di atas jalan.

"Tong gas yang tercampak meletup akibat dilanggar dua buah kereta, menyebabkan salah sebuah daripadanya terbakar," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan walaupun insiden tersebut menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana