Tony Pua Tak Habis Habis nak Salahkan Kerajaan...Terlampau Bodoh Berpolitik

Selepas gagal dalam cubaan untuk menyerang dan memburukkan FELDA termasuk Felda Global Ventures Berhad (FGV), "Spin Doctor" DAP, Tony Pua kini cuba pula untuk menyerang Kementerian Kewangan termasuk Perdana Menteri kerana kononnya "gagal" memberitahu rakyat tentang keadaan sebenar ekonomi negara. Nampaknya Tony Pua semakin "desperate" untuk menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin DAP yang berguna dimata Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Putrajaya mengelirukan rakyat tentang keadaan sebenar ekonomi negara dengan angka defisit bajet dimanipulasi dan tidak bererti, kata seorang ahli parlimen pembangkang hari ini.

Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata keadaan sebenar defisit fiskal Malaysia tidak diketahui kerana berbilion ringgit projek utama tidak dimasukkan ke dalam Bajet 2015.

Projek-projek seperti fasa pertama pembinaan MRT (RM22 bilion) dan sambungan LRT (RM8 bilion) tidak dimasukkan dalam bajet.

"Selain itu, Putrajaya juga membelanjakan RM10 bilion untuk membina 74 ibu pejabat polis baru di peringkat negeri dan daerah," kata Pua dalam satu kenyataan.

"Banyak projek-projek lain yang terletak di bawah perbelanjaan kerajaan tidak ditunjukkan dalam kewangan Putrajaya," kata Pua.

Pua berkata ketika meminta Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menjelaskan di Parlimen, beliau menerima jawapan yang lemah.

"Ahmad hanya berkata 'angka tidak berbohong' dan pegawai-pegawainya menyediakan angka dengan teliti. Oleh itu, mereka tidak boleh salah," kata Pua.

Pada hari Khamis, semasa penggulungan Bajet 2015, Ahmad mengemukakan angka untuk membuktikan komitmen Putrajaya untuk mengurangkan defisit bajet.

Ahmad berkata defisit bajet Putrajaya menurun daripada 6.7% pada tahun 2009 kepada 5.4% (2010), 4.8% (2011), 4.5% (2012), 3.9% (2013) kepada 3.5% (2014).

"Sasaran Putrajaya untuk tahun 2015 adalah defisit bajet 3%," Ahmad memberitahu Parlimen.

Pua berkata, pada ketika itulah beliau bangun menanyakan jika nombor-nombor defisit belanjawan mencerminkan defisit sebenar kewangan Putrajaya.

"Maksud saya adalah pengiraan defisit rasmi Putrajaya tidak mengambil kira projek-projek raksasa dan perbelanjaan dan hutang terkumpul.

"Ahmad sama ada tidak memahami ekonomi kewangan awam atau dia sengaja mengelak daripada menjawab soalan saya," kata Pua.

Beliau berkata Ahmad tetap menolak untuk menjelaskan mengapa berbilion ringgit perbelanjaan tidak dimasukkan dalam bajet.

"Samada dia menjelaskan apa yang akan terjadi pada peratusan defisit jika perbelanjaan ini dimasukkan."

Pua berkata adalah jelas kemasukan  projek-projek bernilai berbilion ringgit ini akan dengan ketaranya meningkatkan defisit fiskal negara.

"Setiap RM11 bilion dalam perbelanjaan tambahan akan meningkatkan defisit sebanyak 1%," kata beliau sambil menambah bahawa rakyat berhak untuk mengetahui kebenaran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana