TIPS UNTUK MEREDAKAN KEMARAHAN....

Kemarahan adalah suatu perasaan yang mampu membuatkan seseorang melakukan perkara yang memudaratkan jika tidak dikawal. Diakui perasaan amarah ini sememangnya sukar untuk dielakkan jika berlaku sesuatu yang tidak di inginkan. Di sini GK kongsikan tips untuk meredakan memarahan yang membuak-buak.

Tarik nafas

Marah menyebabkan anda letih, tekanan darah naik, darah mengalir laju, jantung berdegup kencang, nadi bergerak pantas. Semua itu menyebabkan seluruh badan anda tidak stabil dan boleh menyebabkan anda hilang kawalan dan tidak waras seketika. Cuba tarik nafas panjang-panjang untuk membenarkan oksigen masuk kedalam badan supaya anda mampu berfikir semula dengan tenang.

Ambil waktu

Jika anda sedang berada dalam keadaan yang sangat marah, ambil waktu anda sendiri untuk meredakan kemarahan anda. Lakukan apa yang anda mahu buat sebelum anda marah.

Beredar

Berada dalam lokasi berlakunya kejadian marah anda adalah sesuatu yang kurang berkesan untuk meredakan kemarahan anda. Seelok-eloknya anda segera beredar dari tempat kejadian supaya aura kemarahan tidak menyelebungi anda.

Mandi

Mandi juga salah satu cara yang boleh dicuba untuk meredakan kemarahan. Kesegaran selepas mandi membuatkan badan anda lebih bermaya dan elemen air yang dicurah pada badan amat menenangkan fikiran.

Kunci mulut seketika

Jika anda marah dalam keadaan membebel cuba berhenti seketika. Lagi lama lagi bagus. Apabila anda marah, mulut akan mengeluarkan kata-kata yang sangat mengguriskan hati pihak yang dimarah. Bagi mengelakkan kemarahan mencapai tahap maksima, kunci mulut adalah yang terbaik.

Cepat minta maaf

Segera meminta maaf adalah amalan yang digalakkan. Walaupun anda rasa anda berada di tempat yang betul, cuba rendahkan diri anda dengan meminta maaf supaya anda lebih dihormati. Buangkan ego kerana syaitan sedang menghasut anda supaya “Bunuhlah dia”. Susahnya meminta maaf kan?

Melepak bersama kawan

Jika lelaki, luangkan masa anda dengan kawan-kawan anda seketika. Bagi wanita pula, luangkan masa bersama anak atau telefonlah keluarga di kampung halaman untuk melupakan seketika. Awas! Jangan mengadu tentang kejadian tadi, pastinya orang ketiga boleh menyebabkan anda keliru dan celaru.

Ambil wuduk dan bersolat

Dalam Islam, anda digalakkan mengambil wuduk dan menunaikan solat serta memohon doa kepada Allah SWT untuk meredakan kemarahan anda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana