TERUKNYA....BETAPA TAMAKNYA PARTI DAP !!

Sungguh memalukan apabila PAS dan DAP tidak dapat berkompromi tentang calon Timbalan Speaker Selangor.

Ianya juga dilihat sebagai sikap tamak parti DAP kerana Speaker Selangor adalah dari parti DAP. Logiknya, apa perlu DAP bolot jawatan yang Timbalan Speaker dan berlakunya pertandingan ini.

Tetapi dalam masa yang sama, rakyat sudah muak dengan wayang kulit di antara PAS dan DAP yang tampak bergaduh besar tetapi mereka madih 'tidur sekatil'. Lebih-lebih lagi parti PAS yang sebelum ini gagal mempertahan maruah Presidennya sendiri.

Dan selagi PAS 'tidur sekatil' dengan DAP, rakyat anggap mereka hanya berdrama membohongi ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka.

Sila baca di bawah :

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi dari PAS, Mohd Shafie Ngah dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang baharu.

Pemilihan itu dibuat menerusi undian sulit dan keputusannya diumumkan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh pada mesyuarat ketiga penggal kedua sidang dewan yang bermula hari ini.

Mohd Shafie menerima 28 undi berbanding 14 undi yang diperoleh Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dari DAP yang turut dicalonkan untuk jawatan itu.

Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata semua 12 Adun Barisan Nasional mengambil sikap berkecuali dan tidak mengundi.

Kerusi timbalan speaker kosong berikutan penyandangnya Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Pada Sidang kali ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali akan membentangkan Bajet Negeri 2015, kali pertama selepas dilantik ke jawatan itu pada 23 Sept lepas –BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana