Selamat tinggal perkampungan atas air di Pantai Timur Sabah

REVNEXT Satu dari masalah di kawasan Pantai Timur Sabah adalah wujudnya perkampungan atas air. Ia merupakan perkampungan setingan yang dibina di tepi kuala dan tidak sistematik.
Ramai bersunguh mengenai pencemaran berikutan sampah yang dibung terus ke laut selain kedudukan rumah yang terlalu rapat serta tidak selamat.

Selain itu, ia menjadi tempat terbaik penjenayah rentas sempadan menyelinap dan berlindung sementara melakukan aktiviti jahat mereka.

Ingat lagi kisah pencerobohan Lahad Datu... enam pegawai polis Malaysia ditembak penjenayah Sulu ketika memeriksa perkampungan atas air di Simunul Semporna.

Berikutan itu kerajaan telah menetapkan untuk memindahkan penduduk perkampungan atas air itu ke kawasan darat.

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) komited untuk menjayakan misi kerajaan bagi menempatkan semula penduduk kampung air secara berperingkat di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata komitmen itu sejajar dengan arahan Eksekutif ESSZone, arahan no. 1 perkara 23 yang menyatakan secara khusus mengenai penempatan semula penduduk kampung air di kawasan yang sesuai khususnya untuk warganegara.

Mengenai status pelaksanaan program penempatan semula di Simunul, beliau berkata 2,356 rumah membabitkan 13,645 penghuni telah dibanci sepanjang tempoh operasi bancian yang dijalankan selama tiga hari bermula 30 Julai lepas.

"Daripada jumlah itu 8,260 penghuni adalah warganegara dan 4,703 bukan warganegara manakala 682 penghuni tidak memiliki sebarang dokumen," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri 2015 bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Sabah pada Rabu.

Mengikut perancangan, katanya sebahagian kecil penduduk Mukim Simunul akan dipindahkan ke projek perumahan rakyat di Jalan Bubul Lama, Semporna.

"Jika semuanya berjalan lancar, kumpulan pertama penduduk di perkampungan air Mukim Simunul, Semporna akan dipindahkan sebelum akhir tahun hadapan," kata Teo.

Beliau juga menjelaskan, pembinaan Sekolah Agama Negeri di Pulau Bum-Bum, Semporna sedang dalam peringkat akhir penyediaan dokumen cadangan dan ia dijangka akan dimulakan pada awal tahun depan.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri Datuk Siringan Gubat berkata kementeriannya akan mengendalikan Program RoboNeo yang merupakan platform memperkasa minda kreativiti dan inovasi masyarakat melalui aplikasi automasi robotik bermula tahun depan.

"Aktiviti itu berupaya menyatukan komuniti yang berfikiran sama untuk menggunakan pengetahuan dan kepakaran dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), elektronik, mekanikal dan kejuruteraan sebagai usaha untuk melonjak transformasi modal insan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan di Sabah.

"RoboNeo juga boleh digunakan sebagai platform mengenal pasti idea berasaskan automasi robotik yang boleh dikembangkan secara komersial," katanya ketika menggulung perbahasan bagi kementeriannya.

Siringan berkata kementerian menghargai peruntukan kerajaan pada 2015 iaitu RM88.02 juta untuk perbekalan dan RM4.10 juta bagi bajet pembangunan yang menjurus kepada usaha meningkatkan pembangunan modal insan dan ICT.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana