Sebar Akhbar Harakah Satu Cara Dakwah?

KUALA LUMPUR – PAS menggesa setiap ahli PAS mengedarkan keratan akhbar Harakah kepada orang ramai kerana mendakwa perbuatan itu merupakan satu dakwah.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, langkah itu akan memberi pencerahan minda kepada orang ramai apabila mereka terbaca keratan akhbar suara PAS itu.

“Salah satu cara lagi cara untuk berdakwah yang tidak perlu ungkapan dan kata- kata, cuma perlu tenaga sahaja iaitu boleh letak akhbar Harakah yang sudah dibaca di kedai kopi.

“Atau pun edarkan keratan akhbar kepada orang ramai jika ada artikel- artikel yang baik,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Idris turut menyarankan ahli PAS menghadiahkan buku- buku yang berfaedah kepada orang ramai supaya dapat menyedarkan mereka apabila membaca.

Inikah dikatakan Akbar Cara Dakwah....Akbar ini bukan untuk mengajar perpaduan sesama Islam...lagi berpecah belah Islam lagi lah.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL