REMPUH PAGAR UM: "FAHMI ZAINOL KENA 9 KENA 9 TUDUHAN..!!

Fahmi Zainol,Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UM penganjur perhimpunan sehingga terjadi insiden merempuh pintu pagar Universiti bagi membolehkan Anwar Ibrahim,Wan Azizah dan Nurul Izzah memasuki Universiti itu telah dikenakan sembilan tuduhan.

Fahmi Zainol,pelajar tahun akhir drp Fakulti Sastera dan Sain Sosial UM dikenakan sembilan pertuduhan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 serta mengikut Perlembagaan Universiti.

PERTUDUHAN-PERTUDUHAN ITU:

1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi 5 orang tanpa kebenaran naib canselor.

2. Memanggil satu himpunan melebihi lima orang tanpa kebenara naib canselor.

3. Menghadiri satu perhimpunan yg tidak dibenarkan universiti.

4. Menjalankan urusan yg merosakkan atau memudaratkan kepentingan,kesejahteraan atau nama baik universiti di kampus.

5. Menjalankan urusan yg merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam,moral,kesopanan atau tatatertib di kampus.

6. Melakukan perbuatan yg menyebabkan apa2 halangan,kesulitan,kegusaran,kerugian atau merosakkan kpd mana2 orang dlm universiti.

7. Memiliki alat pembasar suara atau alat2 serupa tanpa kebenaran naib canselor.

8. Gagal mengikut arahan kakitangan atau pegawai universiti senasa perhimpunan.

9. Gagal mematuhi surat tunjuk sebab pd 23 Oktober.

Perbicaraan kes disipline itu dijadualkan pd 7 November.
Fahmi Zainol memberitahu Malaysiakini malam tadi bahawa lapan lagi pelajar menerima tidakan tatatertib berhunung program tersebut tetapi hanya beliau seorang yg di kenakan sehingga sembulan pertuduhan..!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana