Razif perlu kemuka bukti jika Chong Wei ambil dadah - Penganalisis sukan

SHAH ALAM: Pendedahan mengejutkan daripada bekas pemain negara, Razif Sidek terhadap Datuk Lee Chong Wei dilihat tidak membantu penyiasatan Panel Pendengaran Doping Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menurut penganalisis sukan Rizal Hashim, tuduhan Razif itu perlu disertakan dengan bukti bagi memudahkan pihak berkenaan melakukan siasatan.

"Pendedahan tidak membantu mana-mana pihak kerana apabila kita buat tuduhan memerlukan satu bukti kukuh, kuat dan lengkap. (Walapun) ia langsung tak membantu tapi kita harus mengkaji apakah tuduhan yang Razif ini ada asasnya.

"Apa yang Lee Chong Wei sebut selama ini, selepas dia beraksi di peringkat yang paling tinggi sudah sepuluh tahun tetapi tidak pernah sekalipun tersangkut, ujian dopingnya didapati positif. Kita menghormati Lee Chong Wei sebagai ikon badminton negara," katanya kepada Antarapos.

Kelmarin Razif mendedahkan bahawa Chong Wei sudah lama mengambil dadah dexamethasone - sejenis dadah yang dilarang dan sanggup mengupah seorang doktor untuk tujuan itu.

Malah beliau berkata berita itu bukan perkara baru dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana ramai pegawai dan pemain-pemain mengetahui perkara itu namun didiamkan kerana ia melibatkan jaguh nombor satu negara.

Tambah Rizal, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku kesilapan terhadap proses yang dilakukan terhadap ujian air kencing Chong Wei.

"Kita kena terima hakikat mungkin ada kesilapan mana-mana pihak menguruskan kerjaya Lee Chong Wei terutama pada hujung-hujung kariernya ini," katanya.

Pemain nombor satu dunia itu kini digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan dan jika bersalah Chong Wei boleh dikenakan hukuman gantung sehingga dua tahun.

Rizal berharap Chong Wei diberi peluang untuk membela diri bagi meringankan hukuman yang bakal dihadapinya dan mahu beliau bangkit untuk mengejar misi gelaran juara dunia dan Olimpik.

"Kita mengharapkan Chong Wei diberi peluang untuk bela diri (sebab) kemungkinan besar hukuman mandatori dua tahun dan jika Chong Wei beritahu dadah itu diambil tanpa pengetahuan mungkin hukuman diringankan kepada 6 bulan.

"Jika itu berlaku kita harapkan Chong Wei boleh bangkit untuk sekurang-kurangnya menyempurnakan misi beraksi di Sukan Olimpik di Rio 2016," katanya.

Kata Rizal lagi jika Chong Wei dikenakan hukuman ringan, ia akan menjejaskan kedudukan beliau dalam ranking dunia sahaja.

Namun sekiranya pihak BWF enggan mendengar rayuan Chong Wei, hukuman minimum dua tahun itu bakal memusnahkan kariernya selama 15 tahun.

"Kalaulah BWF bertegas dan tidak memberi sebarang ruang untuk Chong Wei merayu, (hukuman) dua tahun itu paling minimum dan sudah tentu akan menamatkan terus kerjaya beliau," jelas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana