Presiden PAS : PasMa Sokong Mat Sabu Ganti Hadi....HAncussss

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menyokong Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengambil alih jawatan Presiden PAS yang disandang oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perkara ini dinyatakan oleh penggerak utama PasMa zon utara, Ustaz Zolkharnain Abidin dalam facebooknya semalam.

“PAS bukan sekadar memerlukan presiden baru, tetapi presiden yang berupaya membawa pembaharuan,”katanya.

Sebelum ini Ustaz Zolkharnain yang merupakan bekas ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Santan, Perlis berkata Mohamad Sabu (Mat Sabu) layak menyandang jawatan itu memandangkan beliau telah diberi kepercayaan mengantikan Presiden PAS dalam mesyuarat parti dan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Mat Sabu sudah beberapa kali menggantikan Presiden mempengerusikan mesyuarat PAS Pusat, beberapa kali menggantikan Presiden dalam mesyuarat Majlis PR dan beberapa kali juga menggantikan Presiden dalam sidang media selepas mesyuarat PAS Pusat.

“Itu menunjukkan bahawa Presiden memang mahu beliau menggantikannya selaku Presiden.”

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL