Polis Mohon Ibu Bapa, Mangsa Buli Tampil Buat Laporan

KUALA LUMPUR 5 Nov - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memohon agar ibu bapa kepada pelajar yang menjadi mangsa buli di sekolah berasrama untuk tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah menerima sejumlah aduan daripada orang ramai berhubung penyebaran dua klip video di media sosial mengenai kes buli.

"Penyebaran klip video berkenaan telah menimbulkan rasa tidak tenteram di kalangan masyarakat terutama ibu bapa dan pelajar-pelajar sekolah.

"Sehingga kini tiada maklumat yang diperoleh mengenai lokasi serta individu-individu yang terlibat serta dakwaan menyatakan satu daripada kes buli berkenaan berlaku di Kuala Nerang, Kedah adalah tidak benar," katanya menerusi laman rasmi Facebook PDRM.

Pihak polis turut berharap agar orang ramai memberikan kerjasama agar tindakan sewajarnya dapat diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL