Polis gesa orang ramai tampil bantu siasatan remaja dibuli di Pantai Timur

SHAH ALAM:  Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) menggesa mana-mana pihak yang terlibat atau mempunyai maklumat berhubung penyebaran sebuah video buli di Pantai Timur agar tampil membantu siasatan.

Video itu menyaksikan sekumpulan remaja perempuan memukul dan membuli seorang rakan mereka di kawasan tandas awam.

Penyebaran video itu mendatangkan kegusaran di kalangan masyarakat dan mereka bertindak menyebarkan rakaman itu sehingga sampai ke pengetahuan PDRM.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua polis Negara (KPN), Komunikasi Koprat, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, ACP Datin Azmawati Ahmad memberitahu, sehingga kini tiada maklumat yang diperoleh mengenai lokasi serta individu-individu yang terlibat di dalam klip video itu.

"Sehubungan itu, pihak polis menyeru agar orang ramai, terutamanya mangsa atau ibu bapa yang mengetahui anak mereka menjadi mangsa buli untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

"Kerjasama orang ramai amat diperlukan agar pihak Polis dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab.

Video berdurasi 6.16 saat itu tidak jelas pertuturannya namun mangsa dibuli selepas dia dikatakan menyebarkan fitnah mengenai rakan-rakan yang membulinya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL