Pelajar Hilang Ketika Maraton Masih Belum Ditemui, Operasi Mencari Diperhebat

Kuala Berang, 3/11/2014 -Operasi mencari dan menyelamat pelajar Tingkatan Empat yang hilang sewaktu menyertai acara maraton di Kuala Berang, Hulu Terengganu masuk hari ketiga dengan pertambahan kekuatan pasukan mencari dan menyelamat seramai 143 orang termasuk daripada pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Komisioner Rosli Mohd Amir memaklumkan kawasan pencarian juga diperluas bagi menjejaki Ahmad Rafikin Azman, 16 tahun.

“Jumlah keseluruhan 143 orang, dengan bantuan dua ekor anjing, Setakat ini, pencarian sepanjang sungai dilakukan unit tentera, manakala yang lainnya membuat pencarian mengikut trek sedia ada,

“Keseluruhan tumpuan pencarian adalah di sepanjang sungai dan trek. Kita perluaskan skop pencarian sehingga 2 km sekeliling tempat yang disyaki mangsa berada,” Rosli berkata.

Tambahnya, operasi diteruskan sehingga jam 7 malam dan sekiranya mangsa masih gagal dikesan, operasi akan bersambung pada Selasa.

Bapa pelajar tersebut, Azman Othman, yang sepatutnya menjemput Ahmad Rafikin pada jam 3 petang Sabtu, membuat laporan polis selepas anaknya tidak muncul apabila tamat acara maraton Gunung Gajah Terom.

Dalam pada itu, laporanBernamamenyebut kawasan Hutan Lipur Air Terjun Sekayu ditutup sementara kepada orang ramai semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan pihak berkuasa.

Rosli berkata kawasan Sekayu ditutup kepada awam petang tadi kerana kehadiran orang ramai yang ‘cuba membantu’ sebenarnya mengganggu kawasan pencarian itu.

“Kita terpaksa menutup seketika kawasan ini bagi mengelak insiden yang tidak diingini berlaku terhadap keselamatan pengunjung yang cuba membantu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Selain itu, cuaca gelap dan hujan lebat membahayakan keselamatan  pengunjung yang bermandi manda ataupun berkelah di kawasan Hutan Lipur Air Terjun Sekayu.

Pusat peranginan itu akan dibuka seperti biasa selepas Ahmad Rafikin ditemui pihak penyelamat.

Dalam pada itu, Rosli berkata operasi mencari pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu itu masih menemui jalan buntu.

“Sehingga petang tadi, tiada petunjuk ditemui walaupun kawasan pencarian diperluaskan dan penambahan 143 anggota penyelamat dari pelbagai agensi,” katanya.

Beliau meminta orang ramai supaya menghentikan penyebaran melalui media sosial seperti Whatsapp dan Facebook mengenai kejadian itu kerana ia mengelirukan orang ramai dan mengganggu emosi anggota keluarga mangsa.-Astroawani

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana