Panel : Mahkamah Berat Sebelah Dalam Kes Mejar Zaidi...Sendiri Buat Sendiri Tanggung Lah...

Kalau tak selesa dengan kerajaan yang ada hari ini...baik berhenti sajalah.

KUALA LUMPUR 5 Nov - Pihak pembelaan hari ini berkata mahkamah tentera yang mendengar perbicaraan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa membuat kenyataan terbuka berkenaan dakwat kekal digunakan semasa pilihan raya umum harus dibubarkan.

Ini kerana, ketua panelnya, Kol Saadon Hasnan, menunjukkan sifat berat sebelah terhadap tertuduh dalam satu komentar yang dibuatnya di Internet melalui satu artikel di portal berita.

Peguambela Mohamed Hanipa Maidin berkata, Saadon bersikap prejudis terhadap Zaidi.

"Keadilan sudah terjejas. Anak guam kami tidak mahu beliau terus mempengerusikan perbicaraan ini," katanya.

Saadon didakwa mengulas satu laporan berita dengan menulis yang Zaidi sepatutnya menjadi penoreh getah sekiranya beliau tidak suka berada dalam tentera.

Kamar mahkamah bertukar kecoh apabila Hanipa membentangkan kesnya berhujah menggesa panel dibubarkan, dan Saadon menghentak meja.

"Sudahlah, duduk," kata Saadon.

Beliau dikatakan membuat komen tersebut melalui akaun Facebooknya menggunakan nama  Saadon Tson.

Ia sebagai respons kepada artikel "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani" dikeluarkan Malaysiakini pada 20 Oktober lalu.

Pengguna Facebook bernama Saadon Tson itu menulis: "klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah je"

Hanipa berkata, pasukan pembela membuat carian di Internet malam tadi tetapi mendapati komen itu kini 'hilang' bersama dengan akaun Facebook tersebut.

Hanipa berkata, komen itu disedari selepas Zaidi membuat laporan dengan komander nombor satu Bahagian Tentera Udara di ibu pejabat tentera udara di Sungai Besi pada hari sama artikel itu disiarkan.

Pihak pembela boleh memanggil Saadon memberi keterangan sekiranya panel mahkamah tentera itu enggan melucutkan kelayakannya, kata Hanipa.

"Kita dibenarkan memanggil sesiapa pun memberi keterangan sebagai saksi," kata peguam itu.

Hanipa berkata, dalam keadaan biasa, seorang hakim boleh dilucutkan kelayakannya, tetapi dalam kes ini, Saadon membuat komen itu sebelum mahkamah tentera memanggil Zaidi membela diri.

Oleh itu, panel tersebut sudah berprasangka dan perlu dibubarkan, katanya.

Mahkamah pada 27 Oktober menetapkan hari ini bagi Zaidi, 45, membela diri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana