Panas Bebb...Chegu Bard : Azmin Ali Seorang Retorika


KUALA LUMPUR 19 Nov - Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali dilihat sebagai seorang yang penuh dengan retorika apabila hanya bijak mempromosikan diri sendiri di hadapan para pengamal media.

Ahli PKR yang digantung keahliannya Badrul Hisham Shaharin berkata, PKR akan dilabel sebagai parti munafik apabila Azmin berterusan menggunakan alasan penyingkiran bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk meraih populariti.

"Apa yang hebatnya Azmin, hebatnya beliau adalah pandai beretorik, panjat tong sampah, turun ke dalam longkang. Saya risau kakitangan majlis bandaran kena buang kerja kerana Menteri Besar sudah boleh turun sendiri, tidak perlu lagi perkhidmatan kakitangan,"

Azmin perlu jelas, tolong buat sesuatu yang baru. Kamu kata lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) tidak betul jadi hentikan, begitu juga dengan projek Langat 2. Jika benar Azmin anak jantan yang melobi diri sendiri sebagai Menteri Besar Selangor dan antara agen propaganda, hentikan. Jika tidak parti akan dilihat sebagai munafik,"

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

 alam masa sama Badrul Hisham yang sinonim dengan gelaran Chegu Bard itu memberitahu bahawa beliau dan rakan-rakan lain tidak berniat memusuhi PKR. Jelasnya, PKR seharusnya dilihat berbeza daripada parti-parti yang lain dalam negara dengan mendengar suara-suara ahli sendiri termasuk di peringkat akar umbi seterusnya memperbaiki salah silap pemerintahan.

"Kamu bercakap soal kononnya wujudnya 'perjanjian sulit' dalam projek Langat 2, merugikan rakyat tetapi akhirnya secara tidak malu Azmin telah mengeluarkan kenyataan iaitu bersyukur kerana konsesi ini akhirnya dimiliki Selangor. Bukan ke kamu pernah mengatakan ia adalah projek yang merugikan? Begitu juga dengan isu KIDEX, sehingga mengaturkan demonstrasi dan protes kononnya Khalid seorang yang jahat apabila membenarkan pembinaan KIDEX. Apa keputusan exco-exco Azmin sehingga kini? Di mana suara-suara protes?

Kami tidak bermusuh tetapi PKR perlu bersifat berbeza daripada parti yang lain. Bukan sekadar menggunakan sentimen politik untuk menjatuhkan pihak-pihak tertentu. Saya dan rakan-rakan masih sayangkan parti. Ramai lagi yang takut dengan ugutan untuk tampil ke depan juga sayang kepada PKR, tetapi kita tidak mahu PKR terus ditertawakan kerana memecat seorang Menteri Besar dan kemudiannya timbulkan krisis politik dan risiko yang lebih besar," tegas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana