PAKATAN RAKYAT PENUH BIAWAK HIDUP KATA PAS

Ketua Penerangan PAS Sarawak, Andri Zulkarnaen Hamden menyelar sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang yang hanya mengkritik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan dengan komitmen dengan Pakatan Rakyat (PR) tetapi menutup mata dengan apa yang dilakukan DAP Sarawak dalam konteks pakatan pembangkang di negeri itu.
Andri Zulkarnaen yang lebih dikenali sebagai Abusiraj Almuner berkata Guan Eng telah melakukan serangan hendap terhadap PAS khususnya presiden parti itu secara bersiri iaitu pada 2 November semasa konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan dan 3 November semasa Majlis Fund-Raising Dinner DAP Petaling Jaya.
“Adakah Guan Eng sedar atau tidak akan tindakan buruk yang telah dilakukan oleh DAP Sarawak sehingga menimbulkan kemelut dalam PR Sarawak?
“Tindakan memutuskan segala hubungan komunikasi bukan sahaja dengan PAS Sarawak malah dengan PKR yang kononnya tidak bersama mereka mendesak PAS Sarawak menyatakan pendirian mengenai isu hudud di Sarawak, bukan setakat itu sahaja, alasan yang diberi oleh DAP Sarawak bahawa mereka tidak setuju dan menentang pelaksanaan enakmen hudud di Kelantan yang boleh menjejaskan kerusi sedia ada mereka dan peluang mereka untuk mencapai kemenangan pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.
“DAP Sarawak seperti mana dalam kenyataan baru-baru ini berkata mereka masih kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat, namun tindakan yang diambil oleh mereka memboikot semua program melibatkan PR Sarawak sehingga ke hari ini amat menghairankan.
“Apakah ertinya memboikot program tetapi masih kekal dalam Pakatan? Pelik sungguh tingkah laku serta tindakannya. Kalau sudah boikot semua program PR serta sudah mencemuh rakan dalam Pakatan adalah lebih baik keluar sahaja secara terhormat dari Pakatan,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan harakahdaily semalam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana