NGO Dakwa Ambank Promosi LGBT

KUALA LUMPUR 12 Nov - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendedahkan penglibatan Ambank Malaysia Holdings Bhd (AMMB) mempromosikan agenda songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kepada pelanggan Islam bank tersebut.

Presiden JMM  Azwanddin Hamzah mendakwa AMMB menerusi dua anak syarikat insurans mereka, AmLife dan AmFamily Takaful Berhad menjalinkan kerjasama erat dengan Metlife, sebuah syarikat insurans berpengkalan di Amerika Syarikat yang menaja agenda LGBT.

"Untuk pengetahuan, Metlife ini merupakan sebuah syarikat insurans yang sengaja terlibat mempromosi dan menyokong budaya LGBT seperti tertera dalam Buletin Amlife bulan Mei 2014 lalu," kata Azwandin pada sidang media di pejabatnya di Ampang, Selangor.

AMMB yang bernaung di bawah kumpulan Ambank Berhad mengumumkan pemeteraian perjanjian dengan Metlife International Holdings Incorporate (Metlife) pada Disember tahun lepas.

Perjanjian tersebut juga diumumkan sendiri oleh Pengerusi AMMB Tan Sri Azman Hashim, yang juga salah seorang individu terkaya di Malaysia.

"Metlife memeterai kerjasama melalui Takaful dan Insurans Hayat Moden, mereka ini secara terang-terangan mempromosi LGBT, secara tidak langsung memperdayakan umat Islam di negara ini secara halus.

"Ini adalah bertentangan dengan konsep takaful yang diketahui berteraskan Islam," katanya.

Beliau juga mengedarkan salinan buletin Berita Amlife yang terkandung butiran mengenai Metlife, serta tertera di bahagian bawah biografi syarikat "Best Places to Work for LGBT 2013. Human Rights Campaign".

"Ini merupakan agenda terbesar berniat jahat mengaburi penglihatan perbankan khasnya perbankan Islam di negara ini," katanya.

Azwandin memberitahu bukti yang diperolehnya itu berdasarkan pendedahan sumber dalam bank tersebut dan menerusi penyelidikan yang dilakukan JMM.

"Pihak JMM meminta kerajaan khususnya Bank Negara mempertimbangkan serta menarik semula lesen berkaitan Perbankan Islam atau Lesen Insurans Takaful atau mana-mana yang berlandaskan Islam," katanya.

Azwandin juga menggesa penjelasan dan tindakan diambil segera, memberi amaran pihak mereka akan melancarkan kempen sejuta risalah bagi memboikot institusi perbankan tersebut.

"JMM akan melancarkan kempen sejuta risalah ke seluruh negara bagi menggesa orang ramai memboikot mereka," katanya.

Usaha untuk menghubungi pihak Ambank bagi mendapatkan penjelasan setakat ini masih lagi belum menerima sebarang respons.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana