NASIB ANWAR IBRAHIM LEBIH PENTING DARI DIRI SENDIRI....BODOH TAK BOLEH DI AJAR

APA JADI PADA MAK BAPAK SENDIRI YANG MENANGGUNG MALU,,
UM dakwa pemimpin pelajar anjur program Anwar dengan 9 tuduhan,,

Universiti Malaya (UM) memulakan prosiding tatatertib terhadap pemimpin pelajar Fahmi Zainol kerana mengadakan perhimpunan bersama Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
Fahmi berkata, beliau dimaklumkan oleh UM hari ini untuk menghadiri perbicaraan tatatertib di universiti pada 7 November.

Katanya, surat berkenaan menyatakan universiti mengenakan 9 pertuduhan terhadapnya kerana menganjurkan dan menyertai perhimpunan itu.

Pada Isnin, walaupun dihalang UM, ratusan peserta menyerbu pintu utama universiti berkenaan, membenarkan Anwar memasuki universiti yang pernah menjadi medan untuknya menuntut ilmu sebelum ini dan menyampaikan ucapan di depan kira-kira 2,000 khalayak.

Program itu, “40 tahun: Dari UM ke penjara” diisytiharkan haram oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Profesor Datuk Dr Rohana Yusof, kerana ia akan mencemar imej universiti.
“Saya terima 9 pertuduhan manakala 8 pelajar lain yang bersama saya turut menerima surat daripada pengurusan UM tetapi dakwaan mereka tidak sebanyak saya,” katanya.
Fahmi berkata, beliau dan 8 yang lain diarahkan menghadiri perbicaraan lembaga siasatan pada Jumaat.

Katanya, lembaga itu akan memutuskan sama ada mereka melanggar akta universiti atau tidak dan tindakan tatatertib akan diambil jika mereka didapati bersalah.
Fahmi berkata, beliau berdepan kemungkinan dibuang daripada universiti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana